Maskot Atlanta 1996 Paralympic Games

Maskot rasmi Sukan Paralimpik 1996 ialah Blaze, seekor burung phoenix, yang direka bentuk oleh Trevor Stone Irvin dari Irvin Productions yang berpangkal di Atlanta. Burung phoenix merupakan simbol pemulihan Atlanta selepas dimusnahkan semasa Perang Saudara Amerika dan didapati pada jata bandar Atlanta. Kini, burung phoenix telah menjadi simbol bagi sukan untuk orang kurang upaya yang terkenal di Amerika.[4]